5 Sebab untuk Tukar Pasir Kucing ke Pine Wood Litter

Mengurus kucing akan menjadi lebih mudah apabila menggunakan ‘pine wood litter’ sebagai medium pembuangan najis. Kenapa?

Mai nak cerita. 

5 Sebab untuk Tukar Pasir Kucing ke Pine Wood
‘Pine wood litter’ mudah didapati di mana-mana kedai kucing berhampiran.

‘Pine wood litter’ tu macam mana? Ok, ‘pine wood litter’ ni diperbuat dari serbuk habuk papan atau kayu pine yang dikitar semula.

Bentuk pellet kayu pine ni dikekalkan dengan satu lapisan lilin di luarnya. Nipis saja tapi pellet tak mudah patah.

5 sebab untuk tukar pasir kucing ke ‘pine wood litter’.

1. ‘Dust-free’ atau bebas habuk

‘Pine wood litter’ mempunyai bentuk yg tetap dan hanya menjadi serbuk bila terkena urin atau najis kucing. Serbuknya pula tidaklah sehalus debu pasir bentonite yang pernah saya guna sebelum ini.

Pasir bentonite mempunyai habuk atau debu yang menyerupai serbuk simen dan sangat mudah berterbangan di udara. Kalau kucing atau orang berdekatan ada asma atau alahan dengan habuk ni memang mengundang masalah lah jawabnya.

5 Sebab untuk Tukar Pasir Kucing ke Pine Wood
Kebersihan tempat tinggal kucing perlu diambil kira bagi memastikan kucing yang dibela sentiasa sihat.

2. Bau terkawal.

Kayu pine mempunyai bau natural yang lebih menyenangkan berbanding bau pasir bentonite. Malah bau kayu pine ni boleh menenggelamkan bau urin atau tahi kucing tau.

Nanti bau macam serbuk kayu tuu.

Tapi janganlah tunggu sampai 3 hari baru nak tukar melainkan kucing yang dibela seekor saja. Macam kami yang membela 3 hingga 5 ekor kucing dalam satu sangkar besar ni, biasanya akan tukar setiap 1 hingga 2 hari sekali.

3. Lebih mudah dibersihkan

Bahan di dalam pellet kayu pine mampu menyerap air kencing dan bau ammonia iaitu penyebab utama bau bekas najis kucing.

Bila kucing membuang najis, pellet kayu pine akan mengembang dan kembali menjadi habuk papan. Bahagian yang tidak terkena najis akan kekal dalam bentuk yang sama. Jadi, proses mencedok najis kucing (scooping) menjadi lebih mudah dan cepat dilakukan.

Tak perlu tapis beria macam sebelum ni. Hihi.

4. Mesra alam

‘Pine wood litter’ diperbuat dari bahan kitar semula dan boleh terbiodegradasi. Nak buang dalam jamban pun boleh.

Berbanding pasir bentonite yang akan mengeras bila terkena air, buang dalam jamban memang menambah masalah. Jangan buat tau.

5 Sebab untuk Tukar Pasir Kucing ke Pine Wood
Perbezaan keadaan ‘pine wood litter’ sebelum (bahagian atas) dan selepas (bahagian bawah) terkena urin kucing.

5. Kurang kos.

Di awal fasa membela kucing, kami menggunakan 4 hingga 5 peket pasir bentonite sebulan. 1 peket 10 L berharga rm18. Jumlah keseluruhan lebih kurang rm80.

Untuk ‘pine wood litter’, sepeket 10 L berharga rm35. Paling murah yang pernah kami jumpa setakat ini. Sebulan guna 1 hingga 1 setengah peket.

Jimat kan?

Rasa nak bertukar ke ‘pine wood litter’ tak?

Selamat berkongsi dengan mak, kakak atau kawan-kawan pencinta kucing yang lain. 

Please follow and like us: