DIY Mainan Anak dari Kotak, Dollhouse.
Projek DIY mainan anak dari kotak kali ini tak seperti DIY kabinet dapur yang lepas. Setiap hari ada saja benda rasa nak ditambah pada ‘dollhouse’ ni. Tak masuk lagi idea dari Yusuf dan Maryam.
Macam biasa, ibu mereka lah yang jadi tukang rumah.
Baiklah, selamat cuci mata! Kalau nak share simpan untuk buat sendiri nanti pun boleh. Saya pun belajar dari ibu-ibu lain yang rajin dan lebih berseni jari-jemari mereka.

Langkah pertama ialah sediakan bahan-bahan terutamanya kotak pelbagai saiz dan yang bersesuaian. Saya menggunakan kotak kasut, kotak kertas A4, kotak alat mengesan tekanan darah dan kotak barangan elektrik.
Kotak blender digunakan untuk mereka ruang yang paling besar.




Lepas gunting, potong, tampal dan cantum kotak. Belasah saja. Tiada draf plan cuma ibu dan ayah dinasihatkan menonton diy dollhouse di youtube atau website lain dulu untuk mendapat gambaran awal.


Tangga kayu aiskrim jadi penghubung ruang tamu, bilik tidur dan bilik rehat atau loteng. Yusuf nak tangga yang macam.ni. Dia tak mau tangga yang biasa tu. Mak dia pula teringin nak buat tangga pusing. Pun dia tak mau.
Ok, tangga panjat pokok pun bolehla. Asal Yusuf bahagia.



Ruang rehat atau loteng. Nak buat mini library tapi rak buku belum siap.


Ruang ni Yusuf dan Maryam panggil ‘taman indah’. Depa main pun dok sebut jom kita pi taman indah. Elemen air keluar dari lego dan bangku tu Yusuf yang tambah. Ibu asalkan ada pokok sudah.



Tadaa! Inilah hasil akhirnya, Bolehlah buat main dengan patung lego atau anak patung yang kecil. Patung kertas pun boleh.
Anak-anak akan lebih gembira bermain dengan hasil kerja tangan DIY ibu dan ayah masing-masing. Percayalah! Hihi.
Selamat mencuba dan ber’kreativiti’!