DIY Mainan Anak, Dam Ular.

Idea untuk membuat sendiri atau DIY mainan anak kali ini adalah disebabkan oleh pergerakan anak-anak agak terbatas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mereka masih keluar bermain dan menaiki basikal di hadapan rumah seperti biasa. Cuma untuk keluar dan mencari bahan di kedai adalah mustahil dalam tempoh terdekat.

Jadi, bahan-bahan yang digunakan untuk DIY mainan anak kali ini iaitu dam ular hanya bersumberkan bahan sekeliling atau bahan yang dikitar semula.

DIY Mainan Anak, Dam Ular.
Tempat kami mencari bahan-bahan.
Di bawah rimbunan pokok berhadapan rumah.

Untuk tapak dam, kami menggunakan bahagian belakang tikar getah, lebihan dari alas sangkar kucing. Tikar getah biasanya mempunyai garisan berkotak di bahagian belakang bagi memudahkan proses menggunting mengikut saiz yang dibeli pelanggan di kedai. Jadi, kotak-kotak ini juga sesuai digunakan sebagai tapak dam ular.

DIY Mainan Anak, Dam Ular.
Masing-masing ambil bahagian dan bekerjasama.

Bahan-bahan dari alam sekitar iaitu ranting-ranting kayu kering, daun-daun kering dan batu dikumpul di dalam raga, Maryam memilih untuk memotong ranting untuk dijadikan tangga. Daun pokok dijadikan tali dan halangan.

Yusuf pula membuat garisan kotak dam dengan menggunakan marker. Nombor kotak ditulis menggunakan marker putih atau boleh juga gunakan liquid paper.

DIY Mainan Anak, Dam Ular.
Papan dam ular yang telah siap.
DIY Mainan Anak, Dam Ular.
Batu digunakan bagi mewakili pemain dam.

Batu yang dikumpul ditulis nama pemain dahulu sebelum permainan dimulakan.

DIY Mainan Anak, Dam Ular.
Gigih Yusuf siapkan dadu daripada batu.

Sepanjang tempoh penyediaan DIY mainan anak ini, libatkan juga interaksi antara adik beradik, antara ibu dan anak dan sebagainya. Ceritakan manfaat alam pada manusia, zahirkan rasa syukur kerana masih berpeluang bermain di luar dan minta pandangan anak-anak tentang penyusunan dam ular yang akan dimainkan.

DIY Mainan Anak, Dam Ular.
Maryam punya kerja. Hihi.
DIY Mainan Anak, Dam Ular.

DIY Mainan Anak, Dam Ular.
Yusuf juga cipta dadu daripada lego. Untuk bermain kali ni, kami gunakan dadu versi lego hijau ini.

Amacam? Mudah saja kan? Apalagi, jom mula DIY mainan anak, dam ular.

Please follow and like us: