DIY Mainan Anak dari Kotak, Kabinet Dapur.

Buat sendiri atau DIY mainan anak dari bahan terbuang seperti kotak sebenarnya amat menyeronokkan. Dapat pula kotak dengan saiz yang diingini, proses DIY akan menjadi lebih mudah.

Sebelum itu, pastikan dulu ibu dan ayah telah mendapat gambaran kasar mainan yang ingin dicipta. Cari saja imej di Google atau Pinterest. Pasti bercambah idea apabila melihat hasil DIY mainan anak oleh ibu atau ayah yang lain.

Di sini saya kongsikan gambar terperinci hasil tangan DIY mainan anak berupa kabinet dapur yang dihasilkan dari kotak-kotak terbuang dan bahan-bahan lain yang mudah dijumpai di sekeliling kita.

diy-mainan-anak-dari-kotak,-kabinet-dapur
2 beradik yang ‘excited’ bangun pagi melihat ibu sibuk ‘bertukang’.

Jangan lupa, pastikan saiz mainan yang dibuat bersesuaian dengan saiz anak dan sebaik-baiknya boleh dimainkan bersama-sama. Silap-silap ibu dan ayah pun boleh join sekali ni.

diy-mainan-anak-dari-kotak,-kabinet-dapur
Seorang basuh pinggan, seorang lagi lap pinggan.

Apa yang penting? Kerjasama!

diy-mainan-anak-dari-kotak,-kabinet-dapur
Melukis dan mewarna bersama-sama.
diy-mainan-anak-dari-kotak,-kabinet-dapur
Pemandangan luar dari tingkap dapur.

Ketika menyiapkan DIY mainan anak ini, libatkan juga penyertaan dari anak-anak dengan cara minta pendapat mereka atau beri mereka tugas yang mudah.

diy-mainan-anak-dari-kotak,-kabinet-dapur
Mesin basuh di bawah singki. Gunapakai kotak sehabis baik.
diy-mainan-anak-dari-kotak,-kabinet-dapur
Macam-macam menu keluar dari dapur ni.

Sebenarnya, dapur masak ni bahagian yang paling senang untuk DIY. Cakera padat (CD) dan selotep diguna untuk menghias bahagian atas dapur,

diy-mainan-anak-dari-kotak,-kabinet-dapur
Sesi ‘membakor’.

Oven ni spontan saja ideanya. Penutup ubat dan penutup botol susu diguna sebagai suis kawalan di sebelah tu

diy-mainan-anak-dari-kotak,-kabinet-dapur
Semua makanan simpan dalam peti ais. Nak tahan lama kan?
diy-mainan-anak-dari-kotak,-kabinet-dapur
Freezer pun ada. Boleh buat aiskrim.

Untuk ibu dan ayah yang rimas melihat permainan masak-masak anak di rumah berterabur dan tidak tersusun, DIY barang mainan kabinet dapur ini inilah jawapannya. Hari anak pasti lebih ceria apabila bermain dengan hasil kerja tangan ibu dan ayah mereka.

Selamat mencuba!

Please follow and like us: