Amalan Pelindung Diri dari Wabak dan Penyakit

Sehingga hari ke 3 Perintah Kawalan Pergerakan semalam, Malaysia telah mencatatkan 130 kes baru dengan jumlah keseluruhan 1,030 kes, 12 kes sembuh menjadikan 87 telah sembuh dan 26 pesakit dalam ICU. Pada lewat petang dimaklumkan pula tentang kes kematian ke 3 akibat COVID19.

Sesungguhnya hal perihal hidup dan mati itu di tangan Allah s.w.t. Sungguhpun begitu, selagi bergelar manusia yang hidup, kita perlu terus berikhitiar. Bukan sekadar menjaga kesihatan fizikal, malah kesihatan rohani dan mental juga perlu diperkuatkan.

Berikut ialah amalan pelindung diri dari wabak dan penyakit yang dipanjangkan dari guru kami, Ustaz Muhammad Na’im Md Salleh. Semoga kita semua beroleh manfaat dan dipermudahkan Allah s.w.t. untuk beramal bagi pihak diri sendiri dan orang yang tersayang.

Amalan Pelindung Diri dari Wabak dan Penyakit
Doa adalah senjata mukmin yang tidakkan putus.

Amalan-amalan, zikir dan pelindung diri dari wabak dan penyakit oleh Al-‘Allamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafiz – semoga Allah terus menjaganya – :

1. Perbanyakkan bersedekah.
2. Perbanyakkan Istigfar.
3. Perbanyakkan berselawat kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
4. Perbanyakkan membaca ayat-ayat pelindung setiap pagi dan petang. Ayat-ayatnya:

وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ –
فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا ۖ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِي –
وَحِفْظًا مِّن كُلِّ شَيْطَانٍ مَّارِدٍ –
وَحَفِظْنَاهَا مِن كُلِّ شَيْطَانٍ رَّجِيمٍ –
وَحِفْظًا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ –
إِنْ كُلُّ نَفْسٍ لَمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ –
بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَّجِيدٌ * فِي لَوْحٍ مَّحْفُوظٍ –
وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ ۖ وَيُرْسِلُ عَلَيْكُمْ حَفَظَةً –
فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا –
وَمَا أَنَا عَلَيْكُمْ بِحَفِيظٍ –
إِنَّ رَبِّي عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَفِيظٌ –
لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّه –
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ –
وَكُنَّا لَهُمْ حَافِظِينَ –
وَرَبُّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَفِيظٌ –
اللَّهُ حَفِيظٌ عَلَيْهِمْ وَمَا أَنتَ عَلَيْهِم بِوَكِيلٍ –
وَعِندَنَا كِتَابٌ حَفِيظٌ –
لِكُلِّ أَوَّابٍ حَفِيظٍ –
وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ –

Kita mohon sebanyak-banyaknya kepada Allah penjagaan dan perlindungan, keafiatan, kesejahteraan dan keselamatan serta berterusan berada dalam taufiq-Nya mengikut apa yang disukai dan diredhai-Nya.
________________
Dar Al-Faqeeh.
Hill park, bpj, Sg Petani.

Please follow and like us: