10 Sebab Anda Perlu Miliki Ensiklopedia Umum untuk Pelajar 12 Jilid

Buat pesanan dan bayaran rm100 pada 28 Ogos. Ensiklopedia 12 jilid seberat 14kg dipos 29 haribulan menggunakan GDex dan petang 30 Ogos, selamat sampai di tangan kami. Cepat dan pantas kan?

10-Sebab-Anda-Perlu-Miliki-Ensiklopedia-Umum-untuk-Pelajar-12-Jilid
Puas hati dapat ‘parcel’ sebesar ni.
10-Sebab-Anda-Perlu-Miliki-Ensiklopedia-Umum-untuk-Pelajar-12-Jilid
Sesi ‘unboxing’ dan ‘unwrapping’

Nak tengok tak isi dalam Ensiklopedia yang sampai ni?

Sebelum tu, saya nak kongsi 10 sebab anda perlu miliki Ensiklopedia Umum untuk Pelajar 12 Jilid ini. Jika kami gembira memiliki set ini di rumah, anda mungkin lebih lagi. Siapa tahu kan? Ok, jom tengok sebab-sebab tersebut.

1. Murah.

Mengikut iklan di akhbar Utusan, harga asal 1 set Ensiklopedia ini ialah rm1980. Kini harga penghabisan stok yang ditawarkan ialah rm100 sahaja termasuk pos.

10-Sebab-Anda-Perlu-Miliki-Ensiklopedia-Umum-untuk-Pelajar-12-Jilid
Iklan asal di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 27 Ogos 2019.

1 set 12 jilid ya. Berat 14 kg.

Bersinar-sinar tak mata bila nampak perbezaan harga di situ?

2. Penerbit diyakini.

Utusan Publications dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah antara penerbit utama yang menjadi pilihan kami dan diyakini mutu bahan terbitannya.

3. Isi kandungan masih releven.

Walaupun Ensiklopedia adalah cetakan tahun 2007, isi kandungan dan fakta yang ditulis masih relevan untuk dibaca sehingga ke hari ini.

Sejarah tetap sejarah. Fakta tetap fakta kan?

10-Sebab-Anda-Perlu-Miliki-Ensiklopedia-Umum-untuk-Pelajar-12-Jilid
Fakta biologi.

4. Ilustrasi bergambar di setiap muka surat.

Setakat yang saya sempat lihat, setiap muka surat mesti ada 4 hingga 6 gambar berwarna berkisar dengan topik yang ingin diketahui. Selain gambar, ada juga ilustrasi dalam bentuk jadual atau gambar rajah untuk memudahkan pemahaman pembaca.

10-Sebab-Anda-Perlu-Miliki-Ensiklopedia-Umum-untuk-Pelajar-12-Jilid
Kertas jenis ‘glossy’ dan bermutu.

5. Sokongan bagi usaha penterjemahan.

Sebenarnya, Ensiklopedia ini adalah hasil ubahsuai dari Ensiklopedi Umum untuk Pelajar yang diterbitkan di Indonesia. Di bahagian kata pengantar ada diterangkan cabaran yang dihadapi memandangkan penggunaan istilah yang berbeza. Ada juga istilah yang perlu ditukar ke Bahasa Inggeris dahulu sebelum ditukar ke Bahasa Melayu.

Ini belum lagi 200 entri yang ditukar untuk disesuaikan dengan fakta Malaysia.

Banyak kerja kan? Jadi, marilah kita tunjukkan tanda sokongan atas usaha mereka yang menyenangkan pembacaan kita. Caranya? Beli.

6. Kepelbagaian entri.

Walaupun Ensiklopedia ini diterbitkan untuk golongan pelajar, kepelbagaian entri merangkumi sejarah, fakta, peristiwa dunia, konsep, tokoh, negara dan bangsa di dunia menjadikan Ensiklopedia ini sangat menarik dan sesuai dibaca segenap lapisan masyarakat.

Baca 1 entri, rasa nak baca lagi. Dan lagi, dan lagi. Macam tu ha.

7. Maklumat tambahan.

Kebanyakan entri ada maklumat tambahan dan diletakkan dalam satu bahagian ‘Tahukah Kamu ?’.

Baca bahagian ni saja pun mesti rasa banyaknya aku tak tahu. Haha.

8. Fakta berjadual.

Jilid 11 sahaja mengandungi senarai indeks dan jadual yang dipenuhi fakta-fakta penting. Contohnya penemuan utama sejarah teknologi, sasterawan dunia dan Malaysia dan banyak lagi. Menarik sangat.

10-Sebab-Anda-Perlu-Miliki-Ensiklopedia-Umum-untuk-Pelajar-12-Jilid
Isi kandungan Jilid 11.

9. Atlas Dunia dan Malaysia.

Saya paling suka bahagian ini, Atlas Dunia dan Malaysia yang terangkum dalam jilid 12. Sebelum ni memang dok pasang impian nak cari sebuah buku berkaitan topik ni. Tak tahu pula dalam siri Ensiklopedia ni, ada dimasukkan sekali. Untungnya!

Bolehlah berangan nak menjelajah dunia. Yey!

10-Sebab-Anda-Perlu-Miliki-Ensiklopedia-Umum-untuk-Pelajar-12-Jilid
Nampak tak dunia di situ?
10-Sebab-Anda-Perlu-Miliki-Ensiklopedia-Umum-untuk-Pelajar-12-Jilid
Teringat pula subjek Kajian Tempatan dan Geografi.

10. Pelaburan Bernilai bagi Anak.

Sebab yang terakhir dan paling utama ialah untuk memudahkan anak-anak membuat rujukan. Ensiklopedia Umum untuk Pelajar 12 Jilid ini pastinya suatu pelaburan yang bernilai dan sangat berbaloi untuk pendidikan anak-anak.

Untuk yang berminat untuk dapatkan set Ensiklopedia ini, bolehlah menghubungi nombor yang tertera dalam iklan akhbar di atas. Semoga stok masih ada untuk anda. 

Please follow and like us: