9 Panduan Memilih Taska untuk Anak

Taska A, taska B, taska C, mana yang lebih baik? Kewujudan taska yang tumbuh bercambah seperti cendawan lepas hujan kadang-kala sebenarnya kian menyukarkan lagi ibu ayah untuk membuat pilihan. Pelbagai faktor perlu diteliti sebelum keputusan boleh dibuat kan?

10-Panduan-Memilih-Taska-untuk-Anak
Menghantar anak ke taska seawal usia bayi ada kalanya lebih merisaukan hati ibu ayah.

Selain bertanya pada mereka yang berpengalaman, ibu ayah juga perlu meneliti beberapa perkara penting berkaitan latar belakang taska tersebut. Sebaiknya, sebelum membuat keputusan, amatlah digalakkan ibu ayah berjumpa sendiri dengan pengurus taska, bertanya dengan lebih lanjut perihal taska dan meninjau sendiri keadaan taska tersebut.

Berikut ialah 9 panduan memilih taska yang sesuai untuk menghantar anak. Semoga panduan berikut boleh merungkai kekusutan dan dilema yang sedang dihadapi ibu ayah.

1. Menepati piawaian Pihak Berkuasa.

Taska perlu mempunyai lesen dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi teknikal seperti berikut:

  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat
  • Jabatan Kesihatan.

2. Mengikuti kursus di bawah anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat

Sekurang-kurangnya salah seorang pengusaha, atau pengasuh mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak=Kanak (KAAK) atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf oleh JKM.

Senarai taska berdaftar yang berdaftar dengan JKM boleh disemak di laman web JKM atau klik di SINI.

9-Panduan-Memilih-Taska-untuk-Anak
Sebelum suatu Perakuan Pendaftaran TASKA dikeluarkan dari JKM, kelulusan dari agensi-agensi teknikal yang lain perlu diperolehi..

3. Bangunan yang sesuai.

Taska mempunyai ruang yang kondusif, kemudahan peralatan dan perabot yang sesuai, mencukupi dan selamat bagi keperluan kanak-kanak bermain dan melakukan aktiviti.

9-Panduan-Memilih-Taska-untuk-Anak
Bangunan dengan pencahayaan dan peredaran udara yang baik boleh mempengaruhi keselesaan dan kesihatan kanak-kanak.

4. Lokasi.

Taska yang berhampiran dengan taman permainan atau kawasan lapang pasti menjadi pilihan ibu bapa. Selain itu, kawasan persekitaran sepatutnya selamat, tidak bising dan bersih dari aktiviti-aktiviti mencurigakan.

5. Nisbah kanak-kanak.

Nisbah kanak-kanak haruslah sesuai dengan bilangan pengasuh di taska. Sumber: JKM

Umur (tahun)Kanak-kanak biasaKanak-kanak keperluan khas
0 – 11 : 32 : 3
1 – 31 : 52 : 5
3 – 41 : 103 : 10

6. Ciri-ciri pengasuh.

Pakaian yang sopan dan akhlak yang sopan haruslah menjadi amalan pengasuh di taska. Ada juga pengusaha taska yang meletakkan syarat tahap pendidikan tertentu dan mesra kanak-kanak sebagai nilai tambah pada pengasuh yang ingin bekerja di taska.

7. Jadual menu dan aktiviti harian.

Taska perlu mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti harian yang sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak.

9-Panduan-Memilih-Taska-untuk-Anak
Taska dengan jadual aktiviti yang pelbagai kini kian mendapat sambutan dari ibu bapa.

8. Penyimpanan rekod dan dokumen.

Catatan dan rekod berkaitan kanak-kanak jagaan di taska perlu direkodkan dengan baik termasuklah butir peribadi kanak-kanak, butir peribadi ibu dan ayah, nombor telefon yang boleh dihubungi ketika kecemasan dan sebagainya.

9. Keselamatan.

Faktor keselamatan seperti jenis dan susunan perabot, keadaan lantai dan lain-lain perlulah bersuaian dengan kanak-kanak. Keadaan taska boleh diperhatikan semasa ibu ayah datang bertemu pengusaha taska.

Ibu ayah dah nampak bayangan taska yang bakal dipilih? Semoga maklumat di atas akan memudahkan lagi usaha ibu ayah memilih taska yang sesuai untuk anak.

Please follow and like us: