5 sebab mengapa Cf Rub Tasneem Naturel menjadi pilihan ibu ayah

Balm Cf Rub Tasneem Naturel diformulasikan khas untuk membantu mengurangkan batuk berkahak, selsema dan asma. Selain itu, sapuan balm ini juga boleh membantu mencairkan kahak dan menurunkan suhu badan ketika demam.

Di peringkat bayi dan kanak-kanak, sapuan balm dengan pati tumbuhan terpilih atau rawatan dengan bahan semulajadi dapat membantu proses penyembuhan berlaku dengan lebih cepat. Hal ini kerana badan bayi dan kanak-kanak sangat sensitif dan mudah mengalami tindak balas jika pengambilan ubat yang tidak sesuai berlaku.

Berikut ialah 5 sebab mengapa balm Cf Rub Tasneem Naturel menjadi pilihan ibu ayah.

1. Tak panas

Balm Cf Rub Tasneem Naturel tidak mengandungi bahan kimia merbahaya atau menthol yang boleh mennggalkan rasa panas atau sejuk semasa digunakan. Sesetengah produk mengandungi bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kulit terasa panas dan pedih seakan-akan terkena haba. Ada juga produk yang terlalu berangin dan menyebab kan rasa sejuk pada kawasan sapuan.

5 sebab mengapa Cf Rub Tasneem Naturel menjadi pilihan ibu ayah
Selesa dan gembiranya saya!

Keadaan ini boleh mendatangkan ketidakselesaan pada si pengguna. Bayi dan kanak-kanak apatah lagi memandangkan kulit mereka lebih sensitif berbanding kulit orang dewasa.

2. Tak melekit

Balm Cf Rub Tasneem Naturel tidak melekit dan mudah meresap ke dalam kulit. Sapuan nipis balm ini tidak meninggalkan kesan berminyak malah sesuai digunakan bagi tujuan urutan (massage). Secara tidak langsung, pengguna balm Cf Rub tidak berasa rimas atau kurang selesa selepas menggunakan balm ini.

3. Bau wangi

Kesemua 5 jenis balm Tasneem Naturel mempunyai bau atau aromanya yang tersendiri. Balm Cf Rub Tasneem Naturel mempunyai bau minyak kayu putih (eucalyptus) iaitu salah satu daripada 7 jenis essential oils yang terdapat di dalamnya. Bau minyak kayu putih ini tidaklah terlalu kuat malah boleh dikategorikan sebagai sedang-sedang atau ‘mild’ sahaja.

5 sebab mengapa Cf Rub Tasneem Naturel menjadi pilihan ibu ayah
7 jenis pati tumbuhan (essential oil) di dalam Cf Rub Tasneem Naturel.

Tidak hairanlah jika dikatakan balm ini mudah disapu pada bayi dan kanak-kanak. Baunya yang wangi saja sudah mampu membuatkan si pengguna tidur lena di hari pertama penggunaan balm. Jika balm mempunyai bau yang terlalu kuat, pasti bukan sahaja masa tidur, aktiviti harian juga rasa terganggu kan?

4. Bentuk balm

Semua balm Tasneem Naturel dibuat dalam bentuk balm yang semi solid. Bentuk sediaan semi padat dan tidak bergerak seperti ini memudahkan sapuan dilakukan. Selain itu, pengguna balm tidak perlu risau jika balm tertumpah atau bocor memandangkan teksturnya bukan dalam bentuk minyak.

Produk dalam bentuk balm pastinya lebih jimat berbanding bentuk minyak. Bagi balm Cf Rub Tasneem Naturel, seunit balm boleh tahan sehingga 2 atau 3 bulan dengan penggunaan yang kerap.

5 sebab mengapa Cf Rub Tasneem Naturel menjadi pilihan ibu ayah
Balm kedua untuk tahun kedua. Balm Cf Rub ini saya gunakan pada anak-anak yang berumur 5 dan 7 tahun. Di peringkat bayi pastinya penggunaan balm adalah lebih kerap memandangkan sistem imunisasi bayi masih rendah berbanding di peringkat kanak-kanak.

5. Bekas kecil

Balm Cf Rub Tasneem Naturel didatangkan dalam bekas kaca yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. Sebagai ibu atau ayah yang prihatin akan tahap kesihatan anak-anak, balm Tasneem naturel pasti menjadi pilihan untuk dibawa bersama ketika pulang ke kampung. Bentuknya yang kecil dan tidak mengambil banyak ruang memudahkan balm ini dibawa dalam perjalanan yang jauh atau ‘travel’ ke luar negara.

Bagi ibu-ibu pula, balm Tasneem Naturel boleh dijadikan kit kecemasan untuk anak-anak yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan. Bekas balm yang kecil memudahkan kit kecemasan ini dibawa di dalam beg tangan dan ke mana-mana sahaja.

5 sebab mengapa Cf Rub Tasneem Naturel menjadi pilihan ibu ayah
Tumpang pouch bag barang make-up ibu pun boleh..

Ibu ayah pastinya sentiasa berusaha memastikan anak-anak mendapat yang terbaik dari produk yang terbaik dan selamat bukan? Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan balm Cf Rub Tasneem Naturel, ibu ayah boleh whatsapp ke 018 581 4510.

Please follow and like us: