Titik Bekam Sunnah

Titik bekam sunnah ialah titik bekam yang pernah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Setiap titik bekam ini mempunyai manfaat dan kelebihannya yang tersendiri dalam mengubati kesakitan yang dialami pesakit.

Bilangan titik bekam sunnah ini juga ada kalanya berbeza antara guru bekam. 10 titik bekam yang disenaraikan di bawah adalah antara tiitik bekam sunnah yang saya pelajari ketika kursus bekam sunnah sekitar 3 tahun yang lalu.

1) 1 titik di atas kepala (Ummu Mughits)

Titik utama berbekam kepala adalah di atas dan tengah kepala. Terdapat 18 titik yang boleh dibekam keseluruhannya. Walau bagaimnapun, hanya 3 titik sahaja yang digalakkan berbekam di bahagian kepala.

Daripada Ibnu Rafi’ r. a. berkata, daripada nendanya Salmi pelayan Baginda Rasulullah s.a.w. berkata,

“Telah datang seorang sahabat kepada Baginda Rasulullah s. a. w dan mengadu bahawa ia sakit kepalanya, maka Baginda Rasulullah s. a. w. bersabda: Hendaklah engkau berbekam.”

titikbekamsunnah
Titik bekam terbaik atau titik bekam 1000 penyakit.
Pesakit dengan masalah migrain atau sakit kepala amat disarankan berbekam di bahagian ini.

2) 2 titik urat leher (Al-Akhdain)

Daripada Sayyiduna Anas bin Malik r.a. berkata,

“Sesungguhynya Baginda Rasulullah s.a.w berbekam pada al-Akhdain (lubang di tepi 2 urat di bawah kepala) dan di Kahil (atas pundak).”

3) 1 titik pundak (Al-Kaahil)

Dalam hadis sohih riwayat Imam Bukhari dan Muslim ada disebutkan,

“Sesungguhnya Baginda Rasulullah s.a.w selalu berbekam pada tiga tempat; satu tempat di atas Al-Kahil (atas pundak), dan dua tempat pada Al-Akhdain (dua urat di bawah kepala).”

4) 2 titik di atas bahu (Al-Katifain)

Daripada Sayyiduna ‘Abdullah bin ‘Abbas r.a. berkata:

“ Sesungguhynya Baginda Rasulullah s.a.w. telah berbeakm pada al-Akhdain (lubang di tepi 2 urat di bawah kepala) dan di antara dua bahu Baginda s.a.w.”

titikbekamsunnah
Titik urat leher, pundak dan atas bahu.
Titik bekam ini menjadi pilihan pesakit yang mengalami lenguh atau sakit di bahagian leher dan bahu.

5) 2 titik pada pinggang (‘Ala Warik)

Daripada Sayyiduna Jabir r.a berkata,

“Sesungguhnya Baginda Nabi Muhammad s.a.w. berbekam pada pinggangnya kerana kesakitan yang ditanggung Baginda s.a.w.”

6) 2 titik di betis

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayyiduna Anas bin Malik berkata,

“Sesungguhnya Baginda Rasulullah s.a.w. telah berbekam pada betis kaki di (suatu tempat di antara makkah dan Madinah yang bernama) Malal.”

10 titik bekam sunnah pada badan manusia.

Selain titik bekam sunnah yang disenaraikan di atas, titik bekam di bahagian badan yang lain dipanggil titik bekam tambahan. Ini termasuklah titik bekam di muka yang dikategorikan sebagai titik bekam kosmetik.

Please follow and like us: