Jenis-jenis Bekam

Pernah juga sesekali pesakit yang datang berbekam minta dibekam kosong. Pernah dengar tak tentang ‘bekam kosong’? Bekam kosong sama maksudnya dengan bekam angin atau bekam kering. ‘Kosong’ nya tu pada darah. Tiada darah yang keluar.

Secara umumnya, ada 2 jenis bekam iaitu:

1. Bekam basah (wet cupping) atau bekam darah.

Bekam darah bertujuan untuk mengeluarkan darah kotor dan toksid yang ada di dalam tubuh badan. Jenis bekam ini dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.

Kedahnya, permukaan kulit dilukakan menggunakan lancet. Kemudian kulit di sekitarnya disedut untuk mengeluarkan darah. Setiap sedutan dibiarkan selama 2 hingga 3 minit sebelum dibuang kotorannya. Bekas luka dari berbekam biasanya akan hilang selepas 3 atau 4 hari.

jenisjenisbekam
Bekam basah atau bekam darah. Jenis bekam ini dipanggil juga sebagai bekam sunnah kerana diamalkan oleh Rasullullah s.a.w.

2. Bekam kering (dry cupping) atau bekam angin.

Bekam angin bertujuan untuk mengeluarkan angin di dalam tubuh dengan mengembangkan liang-liang roma melalui sedutan yang dilakukan. Bekam jenis ini amat baik untuk pesakit yang tidak tahan sakit atau tidak tahan melihat darah. Penyakit yang ada kaitan dengan angin boleh disembuhkan dengan kadar yang segera melalui kaedah bekam ini. Tanda angin keluar boleh dilihat dengan adanya bintik air atau wap di dalam mangkuk bekam.

Kaedahnya, kulit disedut tanpa dilukakan. Setiap sedutan dibiarkan selama 15 hingga 20 minit. Biasanya bekam angin akan meninggalkan kesan lebam yang lebih lama berbanding bekam darah.

jenisjenisbekam
Bekam kering atau bekam angin. Lazimnya, pusingan pertama semua jenis bekam bermula dengan bekam angin. Kaedah ini akan meninggalkan bekas cup yang memudahkan tusukan jarum (bekam darah) dilakukan dalam kawasan tersebut sahaja.

Secara peribadi, saya lebih suka mengesyorkan bekam darah pada semua pesakit yang datang berbekam. Sebab utamanya adalah cara Rasulullah s.a.w. berbekam adalah melalui bekam darah. Bahkan, sebelum memulakan sesi bekam, pesakit juga diminta agar memohon dikurniakan syafaat dan kebaikan asbab dari mengikut amalan Nabi s.a.w. ini.

Walau bagaimanapun, jika keadaan pesakit tidak sesuai untuk berbekam darah, bekam kosong tetap boleh diamalkan.

‘Selamat menghidupkan amalan sunnah’

Please follow and like us: