5 Manfaat Permainan Puzzle Untuk Kanak-kanak

Bila dapat tau saja ada puzzle Omar Hana ni, Maryam asyik ulang tanya bila puzzle nak sampai. Semalam bila puzzle dah sampai, ulang tanya pula bila nak buka plastik.

“Nah, ambil satu untuk Maryam.”

Sengih dia. Hihi. Seronok betul dapat puzzle watak kartun kegemaran di kaca TV.

Bila dikira-kira, sudah ada lebih dari 10 set permainan puzzle di rumah kami. Semuanya dihadiahkan atau dibeli di kedai buku, dari pembekal barangan edutoys serta diperoleh secara percuma selepas melakukan belian barang-barang tertentu.

5-Manfaat-Permainan-Puzzle-Untuk-Kanak-kanak
Puzzle percuma dengan pembelian ‘drypers’ dan puzzle hadiah dari ayah saudara Yusuf dan Maryam.

Berikut adalah 5 manfaat permainan puzzle untuk kanak-kanak.

1. Penyelesaian masalah.
Sepanjang tempoh menyiapkan puzzle, kanak-kanak akan belajar berfikir dan menyusun strategi. Proses ini melibatkan beberapa proses penyelesaian masalah seperti memahami masalah, meneroka pilihan yang ada, meninjau kesan akibat pilihan dan memilih pilihan terbaik. Semua langkah ini seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan.

5-Manfaat-Permainan-Puzzle-Untuk-Kanak-kanak
Berfikir mencari strategi bermain. Mula di tengah atau tepi dahulu?

2. Meningkatkan koordinasi tangan dan mata.
Proses ‘trial and error’ yang terlibat ketika menyiapkan puzzle melibatkan banyak manipulasi tangan dan mata. Koordinasi tangan dan mata (hand-eye coordination) adalah keupayaan untuk mengesan pergerakan tangan dengan mata, dan membolehkan mata untuk menghantar isyarat penting kepada otak mengenai pergerakan tangan tersebut. Koordinasi tangan dan mata yang lemah dapat mempengaruhi aktiviti seperti menulis.

3. Merangsang kemahiran kognitif. 
Puzzle direka dengan pelbagai tema dan topik seperti abjad, nombor, kenderaan, buah-buahan dan sebagainya. Kanak-kanak seharusnya dapat memberi tumpuan, mengingati maklumat dan berfikir dengan lebih kritikal ketika mereka bermain puzzle. Kemahiran kognitif membolehkan kanak-kanak memahami hubungan antara idea-idea, memahami proses sebab dan akibat serta meningkatkan kemahiran analisis mereka.

4. Kemahiran sosial.
Apabila puzzle cuba disiapkan beramai-ramai, kanak-kanak akan berbincang di mana harus diletakkan kepingan puzzle, giliran siapa serta saling berkongsi kegembiraan bilamana puzzle dapat disiapkan. Permainan ini adalah antara alat pembelajaran yang hebat dan dapat merangsang aktiviti bekerjasama dan mengasah kemahiran bersosial.

5. Perkembangan motor halus.
Ketika bermain puzzle, kanak-kanak akan terdorong untuk memicit, menggenggam, mengasing serta berusaha memuatkan kepingan puzzle dalam slot yang sesuai. Kemahiran motor halus yang melibatkan penggunaan otot yang mengawal tangan, jari dan ibu jari ini adalah penting supaya, kanak-kanak ini dapat menyelesaikan tugas-tugas penting seperti menulis dan makan.

5-Manfaat-Permainan-Puzzle-Untuk-Kanak-kanak
Rangsangan perkembangan motor halus melalui permainan puzzle.
ManfaatPermainanPuzzleUntukKanak-kanak

Puzzle Omar Hana ini ringkas saja. Ada 9 kepingan dan senang disiapkan kerana gambar lengkap turut disertakan di bahagian bawah puzzle.

Puzzle jenis ini juga sesuai dimainkan di peringkat awal pengenalan permainan puzzle pada kanak-kanak. Saiznya besar dan tebal. Ditambah pula dengan gambar Omar Hana yang berwarna-warni. Pasti memikat hati kanak-kanak kan?

Berminat untuk dapatkan puzzle Omar Hana ini? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Please follow and like us: